1. Proses Pra-tempahan.
a. Download borang tempahan Pada Borang Tepahan dan isikan dengan teliti.
b. Buat lakaran peta & SCAN.
c. Buat bayaran deposit RM50 & SCAN slip pembayaran.
2. Emailkan semua di atas.
Emailkan kepada kami borang tempahan yang telah siap diisi, lakaran peta dan salinan slip pembayaran yang telah siap di scan tadi kepada kami di thirtyfivedesign@yahoo.com. Tempahan tidak akan diproses selagi ketiga-tiga perkara di atas tidak lengkap. Kami akan menghubungi anda selepas itu!
3. Proses Rekaan Artwork.
Rekaan artwork akan disiapkan dalam tempoh 3-7 hari dan akan diemailkan kepada anda untuk pengesahan.
4. Semakan & Pembetulan.
Pelanggan perlu menyemak artwork yang telah siap disediakan dan perlu memaklumkan kepada kami sekiranya terdapat kesalahan. Anda hanya boleh membuat pembetulan & perubahan sebanyak 2 kali sahaja. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas kesalahan pada isi kandungan yang telah disemak oleh anda.
PERHATIAN : Susun atur grafik, pemilihan font, rekaletak dan identiti setiap kad adalah tertakluk kepada template sedia ada. Pelanggan tidak dibenarkan menukar atau mengubah mengikut citarasa sendiri bagi memastikan mutu design kad terpelihara dan berada pada tahapnya yang tersendiri. SEMAKAN & PEMBETULAN bermaksud pelanggan perlu membuat semakan dan pembetulan secara menyeluruh dengan teliti pada ejaan nama, tarikh, tanda/ikon/tulisan jawi, alamat, nombor telefon, aturcara majlis, doa, ayat jemputan dan lain-lain hal membabitkan kesalahan pada ejaan dan peta. Sebarang pertanyaan perlu dibuat sebelum proses pra-tempahan dilakukan.
5. Deposit Kedua.
Pembayaran sebanyak 50% dari baki bayaran perlu dilakukan sebelum proses percetakan dijalankan.Sila emailkan slip pembayaran kepada kami.
6. Proses Percetakan.
Proses percetakan akan dijalankan sebaik sahaja artwork terakhir dipersetujui dan setelah deposit 50% (atau bayaran penuh.Tempoh percetakan mengambil masa 7-14 hari bekerja.
7. Kad Siap!
Kami akan menghubungi anda apabila kad anda telah siap.
8. Bayaran Terakhir.
Bayaran akhir perlu dijelaskan sebelum proses penghantaran dibuat.
9. Penghantaran / Pengambilan.
Sila rujuk bahagian Proses Penghantaran untuk maklumat lanjut.